Seni
kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah
dengan memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik
hati. Penciptaan kraftangan itu memerlukan keahlian dan kecekapan dalam
penggunaan bahan-bahan asas yang teratur sejak dari proses awal hinggalah
sesuatu hasil kraftangan itu tercipta.
Proses
penciptaan kraftangan tersebut memerlukan daya estetika demi untuk memberikan
rekabentuk yang indah dan menarik.
-SENI
TEMBIKAR
Seni
tembikar merupakan sejenis hasil kraftangan orang melayu yang menggunakan tanah
liat yang dibakar dan digilap. Reka bentuknya dicipta berdasarkan fungsi
sesuatu barang itu seperti periuk nasi, bekas air, bekas mennyimpan makanan
seperti jeruk, pekasam dan lain-lain. Perusahaan membuat tembiran secara
tradisoanl ini masih dilakukanoleh orang melayu khususnya di Sayung, Perak.
-SENI
ANYAMAN
Menganyam
meruapakn proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa
jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan
melalui nyaman demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya
mengahsilkan topi, tudung saji, bakul dan mengayam tikar untuk mengalas tempat
duduk.
-TEKATAN
Tekatan
dikenali juga dengan nama suji dan merupakan sejenis seni kraftangan yang
popular dalam masyarakat melayu. Tekatan menggunakan kain baldu sebagai kain
dasar dan bentuk hiasannya mengambarkan rekabentuk bunga dan pohon – pohon.
Tekatan digunakan untuk membuat kasut , kipas . muka bantal dan balutan tepak
sirih. Hasil tekatan ini dibuat bagi tujuan upacara tertentu seperti dijadikan
hiasan pada upacara perkahwinan , upacara berkhatan , pertabalan raja dan
upacara – upacara kebesaran yang lain.
-SENI
TENUNAN
Seni
tenunan terbahagi kepada tiga jenis iaitu tenunan biasa , tenunan ikat celup
dan songket. Tenunan songket merupakan tenunan yang paling lengkap dan cantik.
Tenunan ini merupakan satu perkembangan daripada proses tenunan biasa.
Sementara tenunan ikat pula dipercayai berkembang di istana raja – raja.
Penciptaannya lebih rumit terutama dalam proses menyongket solek atau menyolek.
Jenis kain tenunan ini dikenali juga dengan panggilan kain benang emas.
-SENI
BATIK
Batik
merupakan seni tekstil yang dihasilkan melalui proses menerapkan lilin dan
mencelup kain. Pada permulaannya kain putih yang hendak diproses menjadi kain
batik itu direbus dan dikeringkan. Kemudian kain batik itu diterapkan dengan
blok tembaga yang dicelupkan ke dalam lilin cair yang dipanaskan. Selepas
diterapkan kain itu akan diwarnakan dengan cara celupan yang berperingkat –
peringkat. Selanjutnya kain itu direbus dan divasuh sehingga bersih lalu
dijemur hingga kering.
-SENI
TEMBAGA
Seni
tembaga merupakan satu lagi kraftangan orang melayu. Seni ini diperkenalkan
denagn tujuan untuk mencipta alat-alat daripada tembaga yang canti dan indah
bentuknya. Alat-alat yang dicipta dalam proses seni tembaga ini digunakan dalam
upacara-upacara adat khususnya diistana raja-raja melayu seperti alat-alat
pertabalan raja, upacara perlkahwinan atau upacara diraja yang lain. Alat-alat
tembaga ini digunakan sebagi hiasan atau perkakasan kegunaan dirumah seperti
dulang, tempat letak sireh, sudu, tempat bara, bekas perenjis air mawar dan
sebagainya
-SENI
BINA
Reka
bentuk seni bina melayu lahir daripada bentuk rumah-rumah yang menjadi tempat
penginapan orang melayu. Walaupun terdapat berbagai jenis rumah melayu namun
struktur binaanya tdiak banyak berbeza . Reka bentuk rumah-rumah melayu juga
meperlihatkan wujudnya unsur-unsur seni bina dari daerah-daerah lain dialam melayu
atau dari luar alam melayu. Contohnya rumah-rumah orang melayu di negeri
Sembilan adalah bercorak seni bina rumah minangkabau.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar